Bagi mereka yang tak pernah menjejak kaki ke sini ataupun merindunya. ;P
Followers
Raja Sehari Pak Sheikh
Here some photos of a little adventure to Gurun. There is nothing much to be mention. Kind of lazy right now. ;P
However, it was a fun journey. Got to meet my friends Naim Syafiq and Amin Zikri, as well as Izzat Abd Malik. Had fun eating at some famous restaurant that sell Mee Udang. And a sleepover which end up repairing the streamyx connectivity. ;P
Mukhlis - Official Photographer
Pengantin tengah siap-siap nak keluar
Ini Pak Sheikh! (Nama dia Zulfadhli)
Ni Mokhtar, datang bawak isteri ngan anak seorang.
Yang kanan tu Tan Eng Hock, yang kiri tu staff bosch yang baru kot, tak penah jumpe. heh
Yang ni dak MFG yang aku asyik lupe je name dia.
Yang ni Hanif (Giant) dengan isterinya
Yang ni Lin. Nama penuh tak ingat la plak. ^^"
Yang ni Ken, datang dengan ibunya
Bersama dengan pengantin
Hadiah skit dari staff2 Bosch, diberikan oleh 'YB' Eng Hock. :P
Saya dan Kejuruteraan Mekanikal
Lihat gambar di bawah. Anda tahu apakah itu? Itulah Tamiya Mini 4WD. Kereta kecil yang menggunakan bateri dan motor utk mengerakkannya. Sudah lama ia berada di pasaran, dan ia menjadi popular ketika kita masih kecil lagi, lepas tahun 1995 kot rasanya. Kini, ia masih lagi dimainkan tapi dalam kumpulan yang kecil. Tak ramai yang tahu, dan tak ramai yang bermainnya lagi, tapi kalau mereka melihat gambar seperti ini, mereka pastinya akan menggamit memori, terutamanya golongan 90an. heh.
Mini 4WD pertama saya ketika kecil
Tahukah anda, kereta ini lah yang memangkin jalan saya untuk mengambil kejuruteraan mekanikal. Agak aneh tapi benar. Masa saya mengisi borang aplikasi untuk kemasukan ke UTP, saya memilihan jurusan ini sebab saya teringat akan minat saya pada kereta ini. Di sini, minat tu bukanlah minat utk bermain dengan kereta itu untuk suka2, tapi sejak awal lagi, saya mula belajar bagaimana untuk memasang kereta ini, dari awal dari akhir dan cuba memahami bagaimana ia berfungsi, bagaimana gear itu bergerak, ape tu gear ratio yang digunakan. Secara tak langsung, saya mempelajari asas2 mekanikal walaupun sedikit.
Keadaan kereta ini yang sedang dimakan usia. Ada komponen yang telah hilang.
Teringat lagi kisah disebalik usaha untuk mendapatkan kereta ini. Waktu itu, ramai kawan2 telah memiliki tapi saya belum. Saya meminta dari ayah saya, tapi saya hanya dapat kereta yang sudah disiap pasang. 'Feel' dia lain dari kereta yang perlu dipasang sendiri. Lalu suatu hari ketika saya sekeluarga pergi ke Jusco Wangsa Maju dan melalu kawasan ini, saya merayu2 pada ayah saya untuk membelikannya untuk saya. Seingatnya saya menangis di situ, dan tak nak beredar sampai saya dapat memilikinya. Bila sudah pulang ke rumah, saya usaha untuk memasangnya dan saya berjaya. Waktu itu saya masih kecil lagi, dan kerja seperti ini amatlah susah, namun, ia telah mengajar saya sedikit demi sedikit tentang bagaimana untuk mencantumkannya. Walau bagaimanapun, kereta itu bergerak dengan amat perlahan. Saya sangka ia memang begitu, tapi setelah beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa, rupanya saya tersilap pasang bearing shaft tayar di roller blade depan. Lepas pembetulan barulah kereta itu bergerak laju seperti di kaca TV. heh.
Keadaan kereta dari bahagian hadapan
Setelah berpuluhan tahun, saya sudah ke tahun akhir kejuruteraan mekanikal. Saya memasuki pelbagai pertandingan seperti 'Perodua Eco Challenge 2011' dan juga 'Bosch Power Tools Asia Cordless Race 2011'. Ketika ini saya mempelajari cara untuk menghasil kereta dan ketika sedang berusaha utk pertandingan Bosch, salah seorang ahli kumpulan memiliki kereta seperti ini yang bernama 'Shooting Star'. Ia telah mengamitkan memori dan saya bernekad untuk membeli seperti ini lagi.
Setelah setahun, akhirnya hari ni dapatlah saya membelinya. Ia adalah variasi dari koleksi pertama saya dan ia akan menjadi peringatan untuk saya agar sentiasa berusaha dalam jurusan kejuruteraan mekanikal ini. =)
Dash 01 Super Emperor (MS Chassis)
Keadaan kereta setelah siap pasang, tanpa sebarang cat
Pandangan hadapan kereta
Perbandingan antara dua kereta
Subscribe to:
Posts (Atom)